Masyarakat Islam Di United Kingdom Berdepan Ancaman ‘Punish A Muslim Day’

Trending

Masyarakat Islam Di United Kingdom Berdepan Ancaman ‘Punish A Muslim Day’

Pada bulan Mac lalu, sekumpulan anti Islam dari Leicester mengadakan rancangan hari menghukum umat Islam di UK.

Risalah rancangan tersebut turut mengandungi cara untuk menyakiti umat Islam di sana dan menjanjikan ‘ganjaran’ kepada mereka yang berjaya menyakiti umat Islam.

Advertisement

Rancangan tersebut difahamkan disebarkan melalui platform media sosial.

Menurut siasatan pihak Polis Kawalan Keganasan British, rancangan itu tercetus akibat beberapa siri serangan oleh pihak The Islamic Stateof Iraq and Levant (ISIL) sehingga mengakibatkan beberapa insiden di UK.

Dalam pada masa yang sama, artikel yang tersebar itu juga ada mengandungi ayat yang ‘mengapi-apikan’ emosi para penyokong.

Hal ini berlaku mungkin tindakan yang sengaja dibuat oleh kumpulan tidak bertanggungjawab untuk menaikkan kembali Islamophobia di benua Eropah.

Walaubagaimanapun, orang bukan Islam di United Kingdom ratanya tidak bersetuju dan mengecam tindakan dan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Pihak berkuasa mengatakan ancaman ini lebih kepada satu ‘gurauan kasar’ tetapi mereka tetap memandang serius akan hal ini.

Memetik kenyataan Jurucakap Leicestershire Federation of Muslim Organization (FMO), Suleman Nagdi berkata pihaknya sedaya upaya melindungi umat Islam disana dengan kerjasama pihak polis.

Beliau juga meminta agar umat Islam kekal tenang dan sentiasa berwaspada.

Sumber : DAILY MAIL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...