Masyallah Cute Nya… Bersemut Telefon Raja Permaisuri Agong

Trending

Masyallah  Cute Nya… Bersemut Telefon Raja Permaisuri Agong

Sabtu lalu, tular foto dua kanak-kanak tampil dengan persalinan seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Muzium Diraja.

Sejak dua menjak ini kita semua tahu fesyen yang dikenakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi ikutan ramai wanita di luar sana, tidak mahu ketinggalan pemakaian itu turut diikuti si cilik Nur Varisya Aisy,7 dan Syahibudil Ansyaufi, 7.

Advertisement

Kanak-kanak pakai busana diraja

Menurut Malaysia Kini, ibu Syahibudil yang juga ibu saudara Nur Varisya mendapat idea itu apabila terdapat pertandingan pakaian beragam di sekolah kanak-kanak tersebut.

Mereka (kedua kanak-kanak itu) tidak tahu sebenarnya kenapa kena pakai baju itu, siapa yang selalu pakai sebelum ini.

Dia ikut saja mak dia punya selera, sampai satu tahap ada pertandingan pakaian beragam, saya suruh mereka pakai dan cikgu-cikgu terus seronok tengok ada ‘Agong’ dan ‘Permaisuri’ mini datang sekolah.

kanak-kanak memakai busana diraja Foto kanak-kanak tular ini telah tular di Twitter pada Sabtu lepas dalam dua persalinan yang dipadankan bersama foto Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sehingga mendapat respon daripada Tunku Azizah.


bersemut telefon Tunku Permaisuri Agong

foto mereka dipadankan dengan Yang Dipertuan Agong

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu amat teruja semasa mengayakan fesyen Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sehingga bertanya tentang tempat tinggal Agong.
teruja gayakan fesyen agong

Anak-anak tanya, mana rumah Permaisuri Agong dan Raja, apa tugasan diraja. Jadi saya pun bawa lah anak-anak ke Muzium Diraja semalam, bagi anak tengok rumah Permaisuri macam mana.

Sekurang-kurangnya mereka tertarik untuk tahu tentang sejarah lepas berpakaian seperti Agong.

kanak-kanak gembira gayakan fesyen yang dipertuan agong

Comelnya adik berdua ini mengayakan busana seperti Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

 

Sumber: Twitter, Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...