Sabtu lalu, tular foto dua kanak-kanak tampil dengan persalinan seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Muzium Diraja.
Sejak dua menjak ini kita semua tahu fesyen yang dikenakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi ikutan ramai wanita di luar sana, tidak mahu ketinggalan pemakaian itu turut diikuti si cilik Nur Varisya Aisy,7 dan Syahibudil Ansyaufi, 7.
Menurut Malaysia Kini, ibu Syahibudil yang juga ibu saudara Nur Varisya mendapat idea itu apabila terdapat pertandingan pakaian beragam di sekolah kanak-kanak tersebut.
Mereka (kedua kanak-kanak itu) tidak tahu sebenarnya kenapa kena pakai baju itu, siapa yang selalu pakai sebelum ini.
Dia ikut saja mak dia punya selera, sampai satu tahap ada pertandingan pakaian beragam, saya suruh mereka pakai dan cikgu-cikgu terus seronok tengok ada ‘Agong’ dan ‘Permaisuri’ mini datang sekolah.
Foto kanak-kanak tular ini telah tular di Twitter pada Sabtu lepas dalam dua persalinan yang dipadankan bersama foto Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sehingga mendapat respon daripada Tunku Azizah.
Ampun tuanku @cheminahsayang
Sepupu kawan saya sangat mengagumi tuanku dan berharap supaya suatu hari nanti dapat bersemuka dengan tuanku. Semoga gambar ini dapat menceriakan hari-hari tuanku ? pic.twitter.com/idaELnXVgR
— xx (@weallhungry) October 5, 2019
Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu amat teruja semasa mengayakan fesyen Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sehingga bertanya tentang tempat tinggal Agong.
Anak-anak tanya, mana rumah Permaisuri Agong dan Raja, apa tugasan diraja. Jadi saya pun bawa lah anak-anak ke Muzium Diraja semalam, bagi anak tengok rumah Permaisuri macam mana.
Sekurang-kurangnya mereka tertarik untuk tahu tentang sejarah lepas berpakaian seperti Agong.
Comelnya adik berdua ini mengayakan busana seperti Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Sumber: Twitter, Malaysia Kini