Perkongsian pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak vokalis kumpulan muzik Dewa 19 Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali dan pasangannya Alyssa Daguise tampil mencuri tumpuan ramai.
Momen-momen ketika menghadiri majlis resepsi itu turut dikongsikan Fazura di Instagram Story miliknya semalam.
Hadir dengan busana kuning anggun, difahamkan Fazura ditemani pengurusnya, Iman Tang hadir ke majlis perkahwinan gilang-gemilang itu.
Peminat juga turut memuat naik video saat Fazura bersalaman dengan Ahmad Dhani dan Mulan Jameela serta momen pengantin yang diraikan pada malam itu.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video, ramai memuji Nur Fazura yang kelihatan anggun dan berseri.
Sekadar info, Al Ghazali yang merupakan anak kepada Ahmad Dhani dan isterinya terdahulu, Maia Estianty telah selamat bernikah dengan wanita pilihan, Alyssa Daguise pada 16 Jun lalu.
Majlis perkahwinan tersebut menjadi sorotan ramai gara-gara kontroversi melibatkan Ahmad Dhani, Maia Estianty dan Mulan Jameela pada suatu ketika dahulu telah ‘dihimpunkan bersama’ pada majlis perkahwinan anak mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.