“Masya-Allah merdunya..” – Risteena Kongsi Video Isa Khan Mengaji Al-Quran, Netizen Puji Suara Sedap

Hiburan

“Masya-Allah merdunya..” – Risteena Kongsi Video Isa Khan Mengaji Al-Quran, Netizen Puji Suara Sedap

Sudah lama juga kita tidak mendengar kisah mengenai pelakon jelita, Nur Risteena yang kini sedang bahagia bersama suami tercinta, pelakon Isa Khan.

Baru-baru ini, kakak kepada aktres Ruhainies ini ada memuat naik satu video memaparkan suaminya sedang membaca Al-Quran di media sosial TikTok.

Advertisement

Mungkin untuk mengubati kerinduan peminat, Risteena berkongsi video Isa mengaji di TikTok dan sekaligus mencuri perhatian selain menuai pujian daripada warga maya.

Kata netizen, mereka berasa kagum dengan Isa Khan yang mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan merdu dan indah sekali.

@nurristeena6

MasyaAllah ??? #isakhan #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fyp? #fypage #risteena

? bunyi asal – Nur Risteena ? – Nur Risteena ?

Masya-Allah, merdunya suara…

Tambah peminat lagi, mereka juga berasa sejuk mata memandang melihatkan Isa Khan mengaji selain mendoakan agar rumah tangga yang terbina bersama Risteena kekal sehingga ke syurga.

Sekadar info, Risteena dan Isa Khan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 yang lalu bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan sekali lafaz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mas Idayu
1 year ago

“Macam Kahwin Tapi Macam Tak” - Mas Idayu Mengadu Hanya Jumpa Suami Dua Kali Seminggu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...