Pelakon Amyza Aznan kongsi berita yang kurang mengembirakan di Instagram mengenai kemalangan jalanraya yang berlaku keatas anak lelakinya, Andrea Mikhail malam tadi.
Menurut Amyza, kemalangan tersebut berlaku selepas anak lelakinya itu hendak pulang ke rumah daripada membuat rakaman lagu di studio rakaman.
Di dalam hantaran tersebut, pelakon itu berkata,
Baru je balik dari studio. Terima kasih allah kerana melindungi anak ku @andremikhail.kaaia hati ibu ni anak.
Pesanan buat semua, nak masuk simpang tolong la bagi signal. Saya tak marah. Saya dlm keadaan tenang. Saya bersyukur kerana ini ujian baru buat saya dan anak2.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Amyza turut mengatakan kejadian ini merupakan peringatan untuk dirinya dan keluarga dari Yang Maha Kuasa.
Di ruangan komen, terlihat ramai para peminat dan juga rakan selebriti turut mendoakan agar anak lelaki Amyza kembali sembuh dengan segera.