Beberapa hari lepas, peminat Gegar Vaganza dikejutkan apabila Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina telah mengundurkan diri dari menjadi pengacara setelah tiga minggu bertugas.
Apabila ditanya, Hetty Koes Endang, salah seorang juri program realiti itu berkata tidak sepatutnya Kak Lina mengambil keputusan terburu-buru untuk menarik diri sebaliknya perlu lebih pandai menyesuaikan diri dengan rakan pengacara.
Nabil dan Jihan dah lama di pentas tu, Kak Lina boleh jadi dirinya tapi perlu lihat keadaan. Bila masuk rumah orang, kita ikut cara mereka.
View this post on Instagram
Tambah penyanyi kelahiran Indonesia itu, Kak Lina harus lebih kuat dari segi mental supaya tak mudah kecil hati dan mesti ada teamwork kerana tiada siapa yang lebih bagus.
Bukan itu sahaja, Hetty turut mengakui dirinya tidak mempunyai masalah dengan sifat hyper Kak Lina sepanjang mengemudi Gegar Vaganza dan selesa bergurau senda dengannya. Baginya, setiap pengacara ada personaliti masing-masing.
Untuk Kak Lina, semoga dia berjaya di luar sana. Mungkin dia lebih nyaman di luar.
View this post on Instagram
Meskipun program realiti itu telah kehilangan salah seorang pengacara, namun bagi juri ini, ia perlu diteruskan walaupun tanpa Kak Lina.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.