Pempengaruh media sosial, Abang Tesla memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang susulan komen netizen mengenai rumah tangganya.
Menerusi Instagram story, dia berkata akan memfailkan saman terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.
Aku diam korang menjadi-jadi pula. Esok (hari ini) saya akan saman tiga individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tahu dalam rumah tangga.
Pada hantaran yang sama, dia turut berkongsi salah satu komen individu yang bakal disamannya di mana lelaki tersebut mengkritik Abang Tesla tidak pandai menjaga hati dua isterinya.
Yang menghina seolah-olah tahu semua (hal) dalam sampai katil rumah saya teruskan.
Nama Abang Tesla dan Nurmajdina kembali menjadi bualan hangat sejak pendedahan tentang isteri keduanya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Sejak itu, beberapa isu didedahkan seperti perjalanan rawatan IVF dilalui oleh Nurmajdina termasuklah kos yang ditanggung oleh Abang Tesla yang menurutnya sudah mencecah RM50,000.