“Masuk Bilik, Raba Tubuh” – Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah

Kehidupan

“Masuk Bilik, Raba Tubuh” – Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah

Seorang remaja perempuan bawah umur yang menumpang tidur di rumah ibu saudaranya di Sungai Petani telah dirogol oleh suami wanita itu.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa berusia 15 tahun dan sudah berhenti sekolah itu dijaga oleh neneknya sejak setahun lepas.

Advertisement

Namun, dia terpaksa menumpang di rumah ibu saudara kerana neneknya pulang ke kampung di Pendang, Kedah selama dua hari.

Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa mendakwa suspek telah masuk ke bilik ketika dia sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa.

Mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik tidur sebelum meraba tubuh serta merogolnya dan dia cuba melawan namun tidak berdaya.”

Berdasarkan laporan suspek, dia mendakwa tidak berani menjerit kerana berada dalam ketakutan.

Ketika kejadian itu berlaku, mangsa tidur di dalam bilik bersama ibu saudaranya dan dua sepupu berusia lapan serta tujuh tahun.

Hasil pemeriksaan di hospital juga mendapati ada kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluannya.

Suspek yang bekerja sebagai buruh itu telah ditahan pada jam 12.30 malam, 21 Mei lepas dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

3 years ago

"Ada Yang Dah Beranak 2 Kali" - Guru Rogol 13 Pelajar Sehingga Melahirkan Anak Dijatuhi Hukuman Mati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...