Masjid Jalan York Di Pulau Pinang Tidak Dibenarkan Solat Subuh, Apa Yang Berlaku?

Trending

Masjid Jalan York Di Pulau Pinang Tidak Dibenarkan Solat Subuh, Apa Yang Berlaku?

Negara Malaysia sememangnya unik, mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Namun, apabila melibatkan soal agama Islam yang tidak dinafikan sejak kebelakangan ini “diganggu” oleh pihak tertentu, membuatkan ia menjadi satu isu yang membangkitkan persoalan serta kemarahan ramai. Hal berkaitan agama adalah isu yang sangat sensitif.

Seperti baru-baru ini, viral satu memo yang menyatakan Masjid York Road di Pulau Pinang telah menghadkan waktu operasi masjid dari 9.30 pagi sehingga 9.30 malam, bermula 31 Disember ini.

Advertisement

masjid jalan york ditutup subuh

Timbul pelbagai persoalan, bagaimana agaknya kariah masjid berkenaan mengerjakan solat subuh secara berjemaah? Rata-rata netizen berkata, sepatutnya masjid terbabit perlu diimarahkan, bukannya dihadkan waktu operasi sehingga tiada azan Subuh dikumandangkan.

Isu ini turut mendapat reaksi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim, beliau berkata Notis had waktu operasi masjid yang dikeluarkan Pengerusi Masjid Jalan York bertarikh 24 Disember lalu disahkan tidak terpakai berdasarkan Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah.

solat subuh masjid jalan yorkMasjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan aktivti agama lain. Sewajarnya, ia perlu dibuka untuk solat wajib lima waktu. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...