Semua Masjid Di Perak Dibenarkan Solat Fardu Berjemaah Mulai Jumaat Ini

Trending

Semua Masjid Di Perak Dibenarkan Solat Fardu Berjemaah Mulai Jumaat Ini

Semua sedia maklum, bahawa masjid di seluruh negara telah diarahkan tutup ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Walaupun ada sesetengah masjid dan surau telah dibenarkan untuk menunaikan ibadah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ianya amat terhad dan hanya para jemaah yang terpilih sahaja dibenarkan untuk hadir.

Advertisement

Umat Islam di negeri Perak kini boleh boleh menarik lafaz lega apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di negeri Perak bermula Jumaat ini, selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari dalam satu kenyataanya memberitahu kebenaran itu juga berlandaskan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, kehadiran menunaikan solat berjemaah pada setiap solat fardu dan solat Jumaat sebelum ini hanya dibenarkan kepada warganegara selain identiti para jemaah hendaklah disemak dan direkod sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat.

“Kebenaran melaksanakan solat fardu berjemaah bermula pada Jumaat ini (12 Jun) dengan bilangan ahli jemaah melaksanakan solat berjemaah pada setiap solat fardu di masjid dan surau hendaklah tidak melebihi 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid dan ahli jawatankuasa (AJK) Kariah.”

MAIPk juga akan mengeluarkan satu garis panduan dan kaedah terkini pelaksanaan Solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri tersebut.

Mereka selanjutnya akan menyelia dan memastikan garis panduan itu dipatuhi.

Pada 14 Mei lepas, Sultan Nazrin telah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat di negeri Perak dengan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang, termasuk imam dan khatib.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...