Masjid Di Jerman Benarkan Laungan Azan Untuk Menaikkan Semangat Masyarakat Muslim Ketika ‘Lockdown’

COVID-19

Masjid Di Jerman Benarkan Laungan Azan Untuk Menaikkan Semangat Masyarakat Muslim Ketika ‘Lockdown’

Jerman sebelum ini tidak pernah membenarkan laungan azan dilakukan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid di dalam negara itu. Bukan sahaja di Jerman malah Belanda juga melarang sebarang laungan azan dilakukan. Tetapi kini sesuatu yang menarik berlaku di sana apabila laungan azan kini dibenarkan untuk tujuan yang berbeza.

Bagi menaikkan semangat masyarakat Muslim di sana menghadapi COVID-19, Jerman kini membenarkan laungan azan di masjid dilakukan sejak minggu lepas. Laungan azan kedengaran di salah satu masjid milik masyarakat Turki Muslim di sana, DITIB Merkez Mosque di kota Duisburg barat.

Advertisement

Menurut jurucakap DITIB, Fahrettin Alptekin, laungan azan kedengaran dari lebih 50 masjid di sana. Azan juga dilakukan menggunakan pembesar suara yang sebelum ini tidak dibenarkan di Jerman melainkan jika ada acara-acara khas.

“Gereja di sekitar kawasan kejiranan kami juga bertanya sama ada kami ingin mengambil bahagian sebagai tanda solidariti.”

masjid jerman

Hülya Ceylan, ketua persatuan dan sukarelawan DITIB di masjid Duisburg berkata laungan azan ini dibenarkan bagi menguatkan semangat penduduk Muslim di sana ketika menghadapi saat sukar ketika ‘lockdown’ ini. Jerman sebelum ini telah mengumumkan lanjutan tempoh ‘lockdown’ yang akan dipanjangkan sehingga 19 April ini.

Selain daripada Jerman, Belanda turut mengambil langkah yang sama dengan membenarkan laungan azan dilakukan menggunakan pembesar suara. Ianya juga dilakukan bagi menggalakkan perpaduan dikalangan masyarakat tempatan untuk menghadapi penularan COVID-19.

Jerman merupakan negara ketiga paling teruk dilanda COVID-19 selepas Itali dan Sepanyol. Setakat ini, Jerman menerima 100,000 pesakit COVID-19 dengan 2,000 kematian. Manakala Belanda dengan 19,000 kes dan 2,000 kematian telah dicatatkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...