Masitah Ketua Ajaran Sesat PMYT Selesai Isytihar Taubat

Trending

Masitah Ketua Ajaran Sesat PMYT Selesai Isytihar Taubat

Sebelum ini kami ada kongsikan tentang bekas ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang menggeparkan negara dengan mimpinya mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga. Wanita itu dikenali sebagai Sittah Annur dan telahpun isytihar taubat secara terbuka pagi tadi.

Baca: Ajaran Sesat PMYT, Sudah Bersiap Hadapi Perang Dunia Ketiga

Advertisement

Majlis Pengisytiharan Istitabah yang dilakukan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu disiarkan secara langsung di Facebook Harian Metro. Sittah Annur atau Masitah Ab Jalar, 39 tahun dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan isytihar itu dengan rela hati dan tidak dipaksa mana-mana pihak.

Dalam majlis itu, Masitah mengakui dia telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Dia juga mengaku ilmunya bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Saya menginsafi, menyesali dan berjanji….

pmyt

“Oleh yang demikian, saya menginsafi, menyesali dan berjanji kepada diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi dengan apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan. Dengan ini saya bertaubat kembali ke pangkal jalan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.”

“Bahawasanya saya bertaubat dengan taubat dengan sebenar-benar taubat dan menyesal dengan perbuatan saya…Tiada mana-mana paksaan (lafaz taubat) melainkan dengan kesedaran diri sendiri.”

Masitah dilihat wajar melakukan isytihar ini memandangkan dia memiliki lebih 3,000 pengikut dan berjaya mengwujudkan 22 kumpulan Telegram. Lebih menarik perhatian apabila pengikutnya bukan sahaja datang dari orang biasa, tetapi ramai juga dari golongan profesional.

Semoga negara kita dihindari dari mereka-mereka yang membawa ajaran yang terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...