“Masing-Masing ‘Post’ Gambar Tempat Sama” – Netizen Syak Meerqeen & Ameera Khan ‘Dating’ Di Paris?

Hiburan

“Masing-Masing ‘Post’ Gambar Tempat Sama” – Netizen Syak Meerqeen & Ameera Khan ‘Dating’ Di Paris?

Seperti diketahui pelakon kacak, Meerqeen sebelum ini sememangnya sering dilihat bersama aktres jelita, Anna Jobling dan pasangan selebriti itu sangat disukai ramai.

Bagaimanapun, akhir-akhir ini mereka kelihatan sudah tidak lagi rapat, bahkan Anna sudah memadam gambar-gambarnya bersama Meerqeen di laman Instagram.

Advertisement

Terbaru, netizen membuat andaian bahawa kini Meerqeen sedang dalam fasa rapat dengan adik Neelofa iaitu pempengaruh, Ameera Khan.

Biarpun difahamkan mereka berada di Paris atas urusan kerja, tetapi netizen dapati mereka meluangkan waktu terluang bersama di negara itu.

Ia kerana gambar yang dimuat naik oleh Ameera dan Meerqeen seperti ditempat yang sama, malah influencer itu juga tidak kekok memuat naik video dirinya di Instagram Story pelakon itu.

Apa-apa pun, kalau mereka bersama kita doa yang baik-baik saja ye..

anna jobling
8 months ago

Padam Gambar Di IG, Anna Jobling Akhirnya Jawab Tanda Tanya Tentang Meerqeen - "Rasanya Ini Kali Terakhir..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...