Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime tampil berang apabila menerima kecaman daripada segelintir netizen hanya kerana memuat naik video menjamah hidangan asam pedas ikan pari yang dimasak oleh ibunya.
Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, dia kecewa dengan sikap netizen yang terlalu sibuk mempertikaikan soal makanan dalam pantang sedangkan dia sudah tamat tempoh berpantang.
Ada ke patut rata-rata yang komen di TikTok kata ‘pari berbisalah’, nanti ‘anak saya kembunglah’. Takkanlah mama saya nak racun anak sendiri? Agaklah.
Lepas tu sibuk lagi cakap pasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang. Orang yang komen pasal makanan pantang tu masing-masing sudah macam peti sejuk tiga pintu.
Atikah turut menyelar mereka yang lantang memberi ‘nasihat pantang’ walhal tidak menjaga penampilan sendiri.
Tiada satu pun yang sibuk komen pasal pantang tu awet muda macam mama saya. Awak fikir saya nak dengar cakap awak?
Kalau awak tak nampak awet muda, badan slim, tolong… saya tak perlukan nasihat awak berkaitan pantang. Awak nasihat dan cantikkan diri sendiri dulu baru nasihat orang lain.
Ada hati nak cakap itu ini, sudahlah macam senduk je masing-masing.
Terdahulu, video Atikah menjamu asam pedas pari yang dikongsi di TikTok menerima pelbagai reaksi. Ada yang mendakwa ikan pari tidak sesuai dimakan oleh wanita yang baru bersalin kerana dianggap berbisa dan boleh memberi kesan kepada bayi.
Untuk rekod, Atikah baru menimang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh, dan kini aktif berkongsi perkembangan kehidupannya sebagai ibu di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.