Setelah agak lama menyepikan diri dari industri seni, pelakon Izreen Azminda dilaporkan kembali membuat kemunculan semula apabila dia muncul dengan drama terbaru berjudul Hadiah Dari Tuhan.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam,36. berharap kembalinya dia ke dunia seni itu tidak lagi dikaitkan dengan kisah-kisah hangat mengenai isu rumah tangga yang pernah menghimpit dirinya, suatu ketika dahulu.
Tambahnya lagi, suaminya yang lebih dikenali sebagai Ude Wahid telah memberi kebenaran untuk dirinya kembali aktif dan ianya seolah satu berita gembira buat Izreen kerana dia sudah gian kerana tidak lama beraksi dalam dunia lakonan.
Dalam pada itu, Izreen berharap agar orang luar tidak lagi mengungkit kisah lalu kerana semua yang terlibat sudah ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing.

“Saya harap dengan kemunculan semula saya dalam bidang lakonan ini, orang di luar sana dah tak perlu nak ungkit kembali benda yang dah lepas (kisah rumah tangga). Semua dah move on dengan kehidupan sekarang, masing-masing dah bahagia. Saya cuma harapkan orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan semua pihak.”
Namun begitu, Izreen kini masih selektif dalam memilih tawaran berlakon yang diterimanya kerana memahami tanggungjawabnya kini sebagai seorang isteri dan ibu.
Masih mempunyai anak kecil, Izreen berkata dia kini mempertimbangkan tawaran lakonan yang tidak memerlukannya dia terlalu lama berada di set penggambaran.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali, Izreen sebelum ini hangat dilanda kontroversi mengenai perkahwinan secara tersembunyi dengan pemuzik iaitu Ude Wahid yang dilakukan tanpa pengetahuan bekas madunya, Intan Salled.
Izreen dan Ude Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Damansara, Selangor Darul Ehsan.

Anonymous
January 6, 2021 at 2:25 pm
senangnya cakap semua dah move on bahagia. semoga Allah bagi balasan setimpal kat manusia heartless mcm ni.
Matahati
January 5, 2021 at 8:28 pm
Tak mampu membohongi diri…nmpk jer muka dia terus tukar channel.
Kebencian meluat2 sampai tak boleh nak fokus cerita itu.
Rela lg aku layan 550 sah2 lah psl binatang
Dr tgk muka manusia berhati binatang sanggup sondol rumahtangga org
Anonymous
January 6, 2021 at 5:28 am
rancabgan yg ada lakinya pun tak tengok juga. meluat dengan lelaaki sundal.
drama pun dlm iklan dia x ada, sekali tengok senarai nama pelakon ada namanya terus tukar channel.
terus menyampah tengok
Anonymous
January 5, 2021 at 12:57 pm
tetap boikot. tak pernah tengok pun drama ini sebab ada bini udewahid emak aaron sondol
Anonymousjugak
January 6, 2021 at 2:54 am
Sebelum dia buat hal pon mmg tak minat pasal jadi heroine tapi mulut bising, suara lantang…retire sudah