Masin, Lemak & Pedas, Kombinasi Sempurna Egg-stra Ong Daripada Marrybrown Kembali Lagi! Jom Cuba!

Branded

Masin, Lemak & Pedas, Kombinasi Sempurna Egg-stra Ong Daripada Marrybrown Kembali Lagi! Jom Cuba!

Tak kira apa jua perayaan sekalipun, kebersamaan antara keluarga tersayang itu sangatlah istimewa dan menjadi sebab utama dalam setiap keriangan yang kita raikan. 

Paling penting, apa yang membuatkan suasana perayaan itu lebih meriah adalah apabila meja makan dihiasi dengan pelbagai hidangan yang cukup menggiurkan betul tak? 

Maklumlah, makanan sedap ni kan bahasa cinta paling universal untuk merapatkan lagi hubungan bersama tersayang. Bak kata orang, sharing is caring! 

Egg-stra Ong, Hidangan Kombo Terbaik Untuk Dikongsi Bersama

Haa, sebab itulah, Marrybrown buat comeback lagi dengan hidangan yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Egg-stra Ong Meal! Yeay, tak sabarnya!

Untuk anda yang belum pernah cuba Egg-stra Ong Meal, inilah masa yang tepat sebab hidangan ini terhad pada musim perayaan saja tau. 

Egg-stra Ong Meal menyajikan hidangan kombinasi antara rasa lemak berkrim telur masin, dengan sentuhan pedas yang pasti menggiurkan!

Cuba bayangkan, setiap gigitan, anda bukan sekadar rasa masin telur, malah ada gabungan buttery, bau wangi daripada daun kari serta sedikit letupan pedas daripada cili. Fuhh, memang kecur air liur dibuatnya!

Bila sos pekat menyaluti kulit ayam Marrybrown yang memang sedia rangup, ia telah menghasilkan satu kombinasi salty-savory yang cukup padu, paling penting tak muak dan jelak!

Haa, anda yang tengah baca ni mesti dah tak sabar nak cuba Egg-stra Ong Meal ni kan? Jom kami share antara pilihan kombo supaya anda dah tahu nak pesan apa nanti!

 

Egg-stra Ong Spicy Burger Combo

– 1 Egg-stra Ong Spicy Burger

– 1 French Fries (Regular)

– 1 Minute Maid® Refresh Orange (Regular)

 

Egg-stra Ong Chicken Combo

– 2 pc Egg-stra Ong Chicken

– 1 Kentang Putar (Regular)

– 1 Vegetable Salad (Regular)

– 1 Minute Maid® Refresh Orange (Regular)

 

Egg-stra Ong Box Meal

– 1 Egg-stra Ong Spicy Burger

– 1 pc Egg-stra Ong Chicken

– 1 French Fries (Regular)

– 1 Minute Maid® Refresh Orange (Regular)

 

Egg-stra Ong Family Meal

– 8 pc Egg-stra Ong Chicken

– 1 Egg-stra Ong Mashed Bowl

– 4 Minute Maid® Refresh Orange (Regular)

Fuhh, kami yang tulis ni pun dah rasa tempted sangat nak cuba, apatah lagi anda yang tengah baca ni kan? Mesti tekak dah craving!

Meriahkan Lagi Suasana Bersama Tersayang Dengan Egg-stra Ong Meal

Ayam Goreng Salted Egg, Marrybrown

Macam yang kami kata tadi, makanan adalah bahasa cinta untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara orang tersayang.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga tersayang untuk rasai sendiri nikmatnya kombo hidangan Egg-stra Ong Meal sekarang! 

Anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan Marrybrown berdekatan atau pesan saja menerusi aplikasi Marrybrown. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Marrybrown, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk ketahui lebih banyak promosi dan tawaran menarik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...