Sedia maklum, sebelum ini pempengaruh makanan sensasi iaitu CEO Kaki Review pernah menjadi perhatian ramai susulan popular dengan ‘bad marketing’ serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara Jason membuat review makanan.
Kali ini, nama CEO Kaki Review menjadi bualan hangat warganet lagi selepas dia memuat naik video dirinya membuat review sebuah kedai burger.
Bagi review teruk untuk kedai burger di Ipoh..
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati secara depan-depan dengan harga yang dianggap terlalu mahal.
Bukan itu saja, malah dia turut merasakan servis kedai burger berkenaan terlalu lambat.
Aduh lambat. Tu aku tak suka tunggu. Kata 15 minit, sekarang dah 20 minit. Lama dah.
Difahamkan, CEO Kaki Review telah membuat pesanan dua burger iaitu burger double ayam crispy dan prosperita burger.
‘Ada dendam dengan pemilik kedai burger ni ke’
Terus terang aku cakap, ayam dia masin. Masin gila! Dia punya rasa tu, Allah.. kurang sedap. Kenapa tiru orang? Kau potong burger-burger tepi jalan. Dia punya sos bau kepam.
Susulan video tersebut sudah tular, rata-rata netizen merasakan pempengaruh makanan itu seakan-akan mahu melingkupkan bisnes orang dengan membuat review seperti itu.