“Masih Waras Nak Bela Mangsa” – Didakwa Ada Gangguan Personaliti, Caprice Perli Doktor Balik?

Trending

“Masih Waras Nak Bela Mangsa” – Didakwa Ada Gangguan Personaliti, Caprice Perli Doktor Balik?

HSedia maklum, terdapat seorang pakar perubatan memberitahu di laman TikToknya bahawa penyanyi rap, Caprice menghidap masalah gangguan personaliti.

Pakar perubatan yang bernama Sabri Matsain itu memberi pandangan peribadinya selepas pengikut bertanya mengenai personaliti penyanyi tersebut dan dia mengklasifikasikan Caprice sebagai pesakit Histrionic Personality Disorder (HPD).

Advertisement

Susulan itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli itu tidak mendiamkan diri dan tampil bersuara apabila dituduh oleh ‘doktor’ terbabit bahawa dia hidap gangguan personaliti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menurut penyanyi berumur 34 tahun tersebut, dirinya masih sihat serta boleh berfikir secara waras untuk pertahankan mangsa-mangsa diluar sana.

Dalam pada masa yang sama, Caprice luahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pegawai perubatan menilai seseorang alami gangguan personaliti di media sosial.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen untuk meninggalkan respon dan rata-ratanya berpendapat pakar perubatan itu tidak boleh sesuka hati ‘cop’ seseorang alami gangguan personaliti hanya kerana memuat naik beberapa video.

Malah, netizen juga berasa kecewa kerana seorang yang bukan bergelar ‘doktor’ memberi pandangan mengenai mental seseorang.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Siapa Kenal Tuan Haji, Whatsapp Cap" - Ditegur Buka Aib Orang Lain, Caprice Nak Jumpa Dengan Ayah Haji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...