Sebuah tragedi menyayat hati telah berlaku kelmarin di Kuala Terengganu apabila seorang penunggang motosikal dilaporkan meninggal dunia setelah berlanggar dengan sebuah lori, lapor Harian Metro.
Allahyarham Muhammad Mustaqim Mustafa,25, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira-kira jam 1.10 petang kelmarin.
Ibu kepada arwah, Zaiton Yusof menceritakan bahawa keadaan menantunya yang masih trauma dan belum boleh menerima hakikat pemergian suami yang baru dikahwininya tidak sampai 37 jam.
Menantu saya masih dalam keadaan trauma malah masih menunggu teh ais dan apam balik yang dipesan kepada suaminya.
Erin sudah tahu suaminya meninggal dunia semalam, tetapi masih menunggu arwah pulang membawa pesanan.
Mangsa dilaporkan cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Maklum Zaiton lagi, Erin (menantu) sempat menatap buat kali terakhir wajah suaminya itu sebelum urusan pengebumian dijalankan.
“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam.” ujar Zaiton.
Malah, Erin juga beberapa kali berpesan kepada ibu mertuanya itu agar menghubunginya jika arwah pulang ke rumah sebelum dia kembali ke pangkuan keluarganya pagi semalam.
Al-fatihah diucapkan kepada keluarga mangsa.