Sehingga kini, pempengaruh Marissa Dania memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sebagai respon terhadap hantaran dikongsikan ibunya, Abby Abadi sebelum ini.
Seperti yang ramai tahu, sejak kebelakangan ini Abby telah menyuarakan luahan hati dan kesedihannya berkaitan rumah tangga Marissa.
Meskipun memilih untuk tidak memberikan apa-apa respon terhadap tindakan ibunya itu, Marissa bagaimanapun sekali sekala dilihat berkongsi hantaran di Instagram story.
Terbaru, Marissa telah berkongsi sekeping foto memaparkan pusara arwah anaknya yang meninggal dunia selepas dilahirkan pra matang, Ogos tahun lalu.
Sudah lebih setahun berlalu.
Bukan hanya Marissa tetapi juga suaminya, Aslam turut mengunci mulut dan tidak memberi kenyataan balas terhadap ibu mentuanya itu.
Selain Aslam, bapa kandung Marissa iaitu aktor Norman Hakim juga dilihat tidak memberi apa-apa respon di media sosial berhubung isu berkenaan.