Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Masih Terlalu Awal Untuk Kami Bertunang – Zahirah Macwilson

Percintaan Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah terjalin lebih daripada setahun, namun mereka berdua agak jarang untuk membicarakan hal berkenaan dan tidak pernah memuat naik foto bersama di mana-mana akaun media sosial.

Advertisement

Ramai yang bertanya apakah status hubungan mereka sekarang, adakah mereka sudah ke fasa yang lebih serius?  Zahirah menjelaskan hubungan mereka masih lagi seperti biasa dan ia agak terlalu awal untuk mereka sampai ke tahap bertunang.

Kami sudah setahun lebih kenal dan untuk bertunang itu rasanya masih terlalu awal. Sebab kami berdua belum berbincang lagi dan masing-masing sedang fokus dengan karier. Jadi ikut rentak sajalah.

Pada masa yang sama, Zahirah juga memberitahu beliau tidak merasa cemburu saat ditanya tentang penglibatan Zul Ariffin didalam filem terbaru terbitan bekas kekasihnya, Gayatri Su Lin Pillai.

Mereka berdua masing-masing sangat profesional, jadi tidak cemburu.

Harapnya mereka berdua ada jodoh sampai ke jinjang pelamin, mungkin Zahirah merasakan masih terlalu awal untuk mereka ke fasa yang lebih serius, tetapi di masa hadapan kita tidak tahu bukan?

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top