Masih Terbuka Hati Mahu Berumah Tangga, Maya Karin Bakal Kahwin Dengan ‘Datuk’?

Hiburan

Masih Terbuka Hati Mahu Berumah Tangga, Maya Karin Bakal Kahwin Dengan ‘Datuk’?

Sebelum ini, muncul khabar angin mengatakan pelakon jelita, Maya Karin sedang menjalinkan hubungan dengan seorang individu berpangkat ‘Datuk’, namun beliau menidakkan dakwaan itu.

Ketika pelakon tersebut ditemui oleh pihak Utusan, dia berkata memang dirinya ada berkawan baik dengan individu berpangkat ‘Datuk’ tetapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Advertisement

Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Beliau menjelaskan hal sebenar ketika hadir di sidang media filem Telaga Suriram di ibu kota baru-baru ini dan turut bersama beliau adalah pengarah Osman Ali serta barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Dalam pada masa yang sama, pelakon yang cukup terkenal dengan filem seram Pontianak Harum Sundal Malam itu memberitahu dirinya masih terbuka hati untuk berumah tangga.

Walau bagaimanapun, beliau tidak akan meletakkan tekanan untuk hal itu dan lebih memilih untuk tambah lebih ramai kenalan serta meluaskan jaringan sosial buat masa ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Ustaz Abu Syafiq dakwa Muhyiddin Yassin tak vaksin
2 years ago

"Langsung Tak Vaksin!" - Ustaz Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tunai Umrah Tanpa Divaksin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...