Sebelum ini, muncul khabar angin mengatakan pelakon jelita, Maya Karin sedang menjalinkan hubungan dengan seorang individu berpangkat ‘Datuk’, namun beliau menidakkan dakwaan itu.
Ketika pelakon tersebut ditemui oleh pihak Utusan, dia berkata memang dirinya ada berkawan baik dengan individu berpangkat ‘Datuk’ tetapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.
Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul.
View this post on Instagram
Beliau menjelaskan hal sebenar ketika hadir di sidang media filem Telaga Suriram di ibu kota baru-baru ini dan turut bersama beliau adalah pengarah Osman Ali serta barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, Farid Kamil dan Scha Alyahya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon yang cukup terkenal dengan filem seram Pontianak Harum Sundal Malam itu memberitahu dirinya masih terbuka hati untuk berumah tangga.
Walau bagaimanapun, beliau tidak akan meletakkan tekanan untuk hal itu dan lebih memilih untuk tambah lebih ramai kenalan serta meluaskan jaringan sosial buat masa ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.