“Masih Terasa Seperti Semalam Berlaku – 2 Tahun Pemergian Isteri, Shuib Rindu & Kongsi Momen Arwah Hamil

Hiburan

“Masih Terasa Seperti Semalam Berlaku – 2 Tahun Pemergian Isteri, Shuib Rindu & Kongsi Momen Arwah Hamil

Walaupun sudah mempunyai kehidupan baru bersama isteri, Watie Hanifiah, pelawak Shuib Sepahtu hingga ke hari ini masih merindui isteri pertama, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 dua tahun lalu.

Melalui laman Instagram, Shuib berkongsikan momen ketika arwah sedang mengandungkan anak keempat mereka, Ayash Affan.

Advertisement

Dalam video itu, dapat dilihat perkembangan Ayash yang kini sudah meningkat ke usia dua tahun dan akui masa berlalu dengan cepat tetapi masih merindui Allahyarham.

Masih terasa seperti semalam berlaku. Setiap hari kami pasti rindu Ibu.

Dalam pada masa yang sama, ibu tiri arwah Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra dipanggil sebagai Makder turut berkata masih teringat momen mereka memilih tarikh untuk melahirkan Ayash.

Dapat dilihat juga di ruangan komen, rata-rata netizen juga luah rasa rindu dan menghadiahkan surah Al-Fatihah buatnya serta berharap agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

ayah gembira shuib kahwin
2 years ago

"Saya Seronok Lihat Kehidupan Baru Shuib" - Ayah Arwah Siti Sarah Akui Watie Wanita Istimewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...