Penyanyi sensasi, Iman Troye merasakan dirinya tidak layak untuk beraksi di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) biarpun lagu nyanyiannya sering kali menjadi siulan ramai.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata dia masih mengibaratkan diri sedang bertatih dalam bidang seni muzik tanah air dan banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaikinya.
Allahuakbar! Yang itu (melangkah ke AJL) masih tak terfikir lagi. Sebenarnya, secara jujur, saya rasa masih belum layak sebab orang cakap pentas AJL itu adalah untuk orang yang betul-betul layak.
View this post on Instagram
Penyanyi remaja yang dikata ramai terutamanya di kalangan peminat bahawa dirinya merupakan Nabila Razali 2.0, Iman memandang perkara itu dari sudut positif dan tidak menafikan sangat meminati keperibadian penyanyi popular tersebut.
Dia sangat-sangat baik dan sangat berjaya dalam industri.
Sekadar info, single perdananya berjudul Teman telah mencatat jumlah penonton di YouTube tertinggi dalam tempoh setahun ini bagi penyanyi tempatan sebanyak 45 juta.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.