Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Masih Tak ‘Move On’ Cinta Lama, Meerqeen Niat Berkasih Untuk Ke Jinjang Pelamin

Meerqeen

Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Meerqeen mendedahkan bahawa dia kini lebih berhati-hati dalam mencari teman hidup.

Advertisement

Kata pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam,20, dia merupakan seorang lelaki yang sukar untuk ‘move on’ dalam sesuatu perhubungan yang gagal.

Saya bercinta untuk kahwin dan tak suka orang lukakan hati dan perasaan saya. Tak suka apabila dikhianati. Sejujurnya saya seorang lelaki yang sukar nak move on. Dua tahun bercinta, dua tahun juga ambil masa nak move on.

Pelakon drama Angkara Cinta ini ditemui ketika sidang media single pertamanya berjudul Menunggu yang diadakan secara maya pada hari Jumaat lalu.

Jelasnya lagi, meskipun bekas kekasihnya itu pernah kembali mengetuk pintu hatinya, namun Meerqeen berkata dia kini hanya mampu menumpukan perhatian dan fokus kepada kariernya yang semakin meningkat naik.

Saya tak suka cerita fasal hubungan cinta. Tapi ya..bekas kekasih ada datang kembali tapi saya dah move on dan tolak tepi benda tu. Kerjaya adalah perkara utama.

Advertisement

Dia dalam pada itu berharap agar karier barunya sebagai penyanyi akan diterima dan mendapat respon yang baik daripada peminat di luar sana.

Lagu Menunggu merupakan karya ciptaan komposer Aliff Iskandar di mana ia mengisahkan cinta tidak kesampaian seorang jejaka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top