“Masih Sombong Dan Bongkak..” Damian V.E Kesal Sikap Masyarakat Yang Masih Ambil Ringan Jangkitan COVID-19

Hiburan

“Masih Sombong Dan Bongkak..” Damian V.E Kesal Sikap Masyarakat Yang Masih Ambil Ringan Jangkitan COVID-19

Komposer dan juga anggota kumpulan V.E, Damian Mikhail meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang masih mengambil mudah tentang risiko jangkitan wabak COVID-19.

Damian dilihat menzahirkan perasaan kecewa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia juga memaklumkan bahawa tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang culas dan enggan membuat ujian saringan COVID-18 sebelum berjumpa dengan individu lain.

Advertisement

Katanya lagi, dia sering dijemput untuk mengadakan pertemuan atau mesyuarat namun apabila diminta mengenai keputusan ujian saringan COVID-19, ada sesetengah daripada mereka enggan melakukan hal demikian.

Saya hanya ingin mengingatkan. COVID-19 sangat berbahaya. Ramai orang meninggal dunia dan COVID-19 masih ada lagi di luar sana. Dengan varian baharu lagi.

Engkau orang tak tahu hormat dan tak sedar betapa serius perkara ini, bongkak dan sombong dengan virus ini.

Dalam pada itu, Damian juga menggesa orang ramai di luar sana sentiasa menjaga keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak daripada dijangkiti wabak pembunuh ini.

“Ambil seriuslah. SOP kena jaga. Dan bila saya minta bukan sebab nak jadi orang yang rumit atau susah kerjasama. Tetapi ini melampaui batas. Engkau tipu dan lengah-lengahkan benda itu. Saya tak lupa.” ujarnya dalam nada kesal.

Ebby Yus
2 years ago

Mohon Doa Yang Terbaik, Paru-Paru Ebby Yus Mungkin Terpaksa Ditebuk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...