Bekas Bintang Akademi Fantasia Musim ke-2 (AF2), Linda Nanuwil mengakui masih selesa hidup berseorangan meskipun usianya sudah hampir menjejak 36 tahun.
Namun, dalam pada masa yang sama, dia juga sedar umurnya kini boleh dianggap sebagai ‘lewat’ berbanding rakan artis lain yang sudah berumah tangga dan ada yang sudah mempunyai cahaya mata kini.
Penyanyi yang popular dengan lagu Jika Kau Kekasih ini memberitahu meskipun dia masih solo namun bagi dirinya itu bukan masalah yang besar dalam kehidupannya.
“Bagi saya tiada masalah pun, malah saya masih selesa macam ni. Bagi Linda ok je single,”
Ditanyakan jika dirinya kini sedang mengenali seseorang dan bilakah perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Linda menjelaskan dia kini ada mengenali seseorang namun masih belum sampai ke tahap ingin berkahwin.
Perkembangan terkini, Linda yang ditemui di studio Wake The Baby di Taman Tun Dr. Ismail itu dikatakan bakal membuat kemunculan semula apabila dia kini dalam proses mengeluarkan single terbaru berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’. Lagu yang berentak balada itu dilaporkan dihasilkan oleh Ajai manakala lirik hasil karya Lukman S.
Sumber : mStar Online