“Masih Setia Pada Yang Satu” – Didakwa Berdua-Duaan Buat ‘Live’ Bersama Mondy, Peminat Tampil ‘Back-Up’ Ebit Lew

Trending

“Masih Setia Pada Yang Satu” – Didakwa Berdua-Duaan Buat ‘Live’ Bersama Mondy, Peminat Tampil ‘Back-Up’ Ebit Lew

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial setelah ramai persoalkan tindakan pendakwah bebas, Ebit Lew membantu seorang wanita bernama Mondy Tatto.

Hal yang membuatkan netizen rasa terkejut apabila mengetahui wanita tersebut bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan Ebit, sebaliknya dia adalah influencer yang memiliki 1 juta pengikut di platform TikTok.

Advertisement

Niat baik terus-menerus menjadi pertikaian ramai, lagi-lagi bila Mondy menemani pendakwah terbabit membuat live TikTok bagi menjual produk keluaran yang didakwa secara berdua-duaan.

Susulan dituduh sebegitu, seorang peminat tampil pertahankan pendakwah berkenaan dengan perjelaskan bahawa Ebit tidak melakukan live TikTok secara berdua-duaan dengan wanita itu tetapi turut ditemani dengan beberapa orang pekerja di belakang tabir.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen turut tampil back-up tindakan Ebit dan meminta pendakwa itu tidak menghiraukan kecaman orang ramai.

komen netizen

komen netizen

Bahkan, ada juga menasihati agar sesetengah netizen tidak memandai buat spekulasi sendiri tanpa usul periksa dahulu.

2023-06-18 10:32:30

"Tatu Mondy Ukir Sendiri, Buat Braces RM15" - 'Difitnah' Netizen Malaysia, Ebit Lew Pertahan Mondy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok