Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial setelah ramai persoalkan tindakan pendakwah bebas, Ebit Lew membantu seorang wanita bernama Mondy Tatto.
Hal yang membuatkan netizen rasa terkejut apabila mengetahui wanita tersebut bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan Ebit, sebaliknya dia adalah influencer yang memiliki 1 juta pengikut di platform TikTok.
Niat baik terus-menerus menjadi pertikaian ramai, lagi-lagi bila Mondy menemani pendakwah terbabit membuat live TikTok bagi menjual produk keluaran yang didakwa secara berdua-duaan.
Susulan dituduh sebegitu, seorang peminat tampil pertahankan pendakwah berkenaan dengan perjelaskan bahawa Ebit tidak melakukan live TikTok secara berdua-duaan dengan wanita itu tetapi turut ditemani dengan beberapa orang pekerja di belakang tabir.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakkan netizen turut tampil back-up tindakan Ebit dan meminta pendakwa itu tidak menghiraukan kecaman orang ramai.
Bahkan, ada juga menasihati agar sesetengah netizen tidak memandai buat spekulasi sendiri tanpa usul periksa dahulu.