Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Masih Ramai Yang Nak Tegakkan Perkara Batil” – Zul Yahya

zul yahya perkara batil

Semakin hari semakin rancak diperkatakan berkenaan industri hiburan tempatan apabila pelakon veteran, Zul Yahya yang sebelum ini tampil menyeru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut.

Malah perkara itu juga semakin marak apabila Zul seakan mendakwa karier berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.

Advertisement

Namun hal itu bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang segelintir pihak yang mendakwa Zul hanya seorang yang perasan bagus.

Zul membuat beberapa perkongsian di Instagramnya malah entri tersebut seolah mencerminkan perasaannya yang terkilan apabila masih ramai yang mahu menegakkan perkara batil.

Advertisement

“Pilihan di tangan kita, tiada sapa2 boleh memaksa.”

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu turut pelakon Shamsul Ghaughau dan Azza Elite. Malah pengikutnya turut memberi kata-kata semangat dan dorangan kepada Zul agar dirinya tetap bersabar dan kuat untuk menempuh dugaan ini.

Terdahulu, kecoh apabila pelakon Datuk Rosyam Nor menempelak kenyataan Zul yang menyeru penggiat seni untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana tersimpang dari jalan Allah SWT.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. ?????

    May 23, 2020 at 6:31 am

    Assalam…saya rasa zul cuma nk mgajak ke arah kebaikkan. Bkn nk riak pun….harap kita husnuzon la yee

  2. minah jambu say STAY AT HOME !!

    May 22, 2020 at 11:56 am

    jangan riak sangat la cuba ikot macm abam bocey walau pon dia ada dlm seni lakonan atau pelawak dia tetap rendah diri dn dia tak lupa menolong dan dia buat amalan kebajikan yg baik2…abam tkde pon nak mengata itu ini ..semoga Allah berkati dan sayang pada abam bocey dengan amalan2 dia yg baik2 itu semoga syurga lah tempat nya Aamin..

  3. mami

    May 22, 2020 at 12:11 am

    Sy sokong abg zul yahaya. Kalau manusia tahu akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi, mesti berlumba2 mencari yg halal dan tiada syubhah dlm mencari rezeki. Pedulikan apa org lain komen.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top