Semakin hari semakin rancak diperkatakan berkenaan industri hiburan tempatan apabila pelakon veteran, Zul Yahya yang sebelum ini tampil menyeru penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut.
Malah perkara itu juga semakin marak apabila Zul seakan mendakwa karier berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.
Namun hal itu bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang segelintir pihak yang mendakwa Zul hanya seorang yang perasan bagus.
Zul membuat beberapa perkongsian di Instagramnya malah entri tersebut seolah mencerminkan perasaannya yang terkilan apabila masih ramai yang mahu menegakkan perkara batil.
“Pilihan di tangan kita, tiada sapa2 boleh memaksa.”
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu turut pelakon Shamsul Ghaughau dan Azza Elite. Malah pengikutnya turut memberi kata-kata semangat dan dorangan kepada Zul agar dirinya tetap bersabar dan kuat untuk menempuh dugaan ini.
Terdahulu, kecoh apabila pelakon Datuk Rosyam Nor menempelak kenyataan Zul yang menyeru penggiat seni untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana tersimpang dari jalan Allah SWT.