Usahawan kontroversi berasal dari Malaysia namun kini menetap di Australia, Nur Sajat menerusi akaun Instagram berkongsi tentang pertandingan yang disertainya baru-baru ini.
Dapat Top 3 & menang ‘Best Swimsuit’
Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzaman telah menjadi salah satu peserta Miss MaGIQ iaitu pertandingan ratu cantik bagi golongan transgender.
Berdasarkan perkongsian Sajat di Instagram, dia telah dinobatkan pemenang bagi kategori pakaian dalam dan turut terpilih sebagai Top 3 dalam pertandingan itu.
Meskipun tidak terpilih sebagai Miss MaGIQ, Sajat bagaimanapun berjaya mendapat gelaran Miss Mardi Gras Pink Triange Princess melayakkan dirinya untuk menyertai peraraka Sydney Mardi Gras.
View this post on Instagram
Dipuji kerana bangga peraga budaya Malaysia
Sementara itu, menerusi ruangan komen di hantaran Sajat ramai yang memuji usahawan tersebut kerana meskipun kini di Australia namun dia tetap bangga membawakan budaya Malaysia di sana.
Terharu tengok Sajat ni, sentiasa rindu akan tanah air. Masih bangga berasal dari Malaysia tak dapat balik sebab undang-undang negara.
Menerusi perkongsiannya, Sajat dilihat menggayakan gaun panjang ciptaan Jimmy Couture ketika kategori ‘Long Gown’ berwarna oren yang terbelah di bahagian depan.
Kata sesetengah pihak, meskipun ‘diperlakukan’ sebegitu rupa Sajat tetap tidak melupakan asal usulnya dan memperagakan outfit bertemakan batik di pentas itu.
Namun, terdapat beberapa individu yang berpendapat apa yang berlaku dalam kehidupannya sehingga dia melarikan diri ke Australia itu adalah pilihannya sendiri, bukan salah sesiapa.