Sedia maklum, wanita yang dihempap balak sewaktu berhenti di kawasan lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang, Kuala Krai sebelum ini ditidurkan akibat cedera parah.
Perkembangan positif
Difahamkan kini, wanita bernama Siti Norelyana Kamarulzaman itu sudah sedar dan berita tersebut disampaikan oleh tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuwar.
Kata Nik Amnan, tunangnya sudah sedar pada 14 Julai lalu serta menunjukkan perkembangan positif seperti boleh bercakap tetapi masih perlukan masa untuk menggerakkan anggota badan.
Perlu berhati-hati
Pergerakan perlu dilakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
Siti Norelyana dikatakan berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu bagi menerima rawatan lanjut.
Sebelum ini, wanita tersebut telah dihempap balak hingga menyebabkan dirinya alami patah di bahagian tulang punggung dan rusuk, selain alami kecederaan serius di hati, limpa, hempedu serta usus.