Masih Pandu Kereta Lama, Lelaki Kongsi Sebab Masih Guna Proton Saga

Kehidupan

Masih Pandu Kereta Lama, Lelaki Kongsi Sebab Masih Guna Proton Saga

Seorang lelaki berusia 27 tahun berkongsi sebab menggunakan kereta lama dan bukan kereta baharu seperti rakan-rakan sebayanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut Ken, kereta berjenama Proton Saga Iswara 1.3 yang dipandu itu sangat jimat dari segi penggunaan minyak dan penyelenggaraan.

Advertisement

Menerusi perkongsiannya, Ken berkata kereta tersebut telah berkhidmat kepadanya sejak habis pengajian dan tidak mengendahkan pandangan orang terhadapnya.

Tambahnya lagi, pembelian kereta baru menggunakan wang yang banyak kerana perlu mempertimbangkan pendapatan purata setiap bulan.

Kereta baharu juga mempunyai kos yang mahal untuk diselenggara yang boleh melebihi RM500 sebulan walaupun hanyalah kereta tahap entree.

Berdasarkan pengalamannya mengguna kereta Proton Saga Iswaranya, Ken berkata apa yang diperlukan untuk menyelenggara keretanya setiap bulan adalah sekitar RM300, termasuk minyak kereta, penyelenggaraan dan setiap pembaikan secara rawak.

Pada awalnya, dia mendapat banyak maklum balas negatif kerana keadaan keretanya agak buruk sebelum beliau memperbaikinya.

Malah, ramai mencadangkan untuk membeli kereta baru dan bukannya membazir wang untuk memperbaiki Proton Saga terbabit.

Dalam pada itu, Ken turut menitipkan kata-kata nasihat untuk orang di luar sana supaya sentiasa menjaga kereta lama dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

menteri kereta elektrik
5 bulan lalu

Tukar Lagi, Menteri Alam Sekitar Cadang Guna Kereta Elektrik (EV) Buat Jemaah Menteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini