Dijemput sebagai tetamu bagi mempromosikan rancangan Lawak Ke Der Tak Coverline di MeleTOP baru-baru ini, Datuk Hans Isaac kelihatan mesra sekali dengan bekas kekasihnya Neelofa. Umum mengetahui, Hans dan Neelofa pernah bercinta selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Mengambil kesempatan itu, Nabil bertanyakan soalan yang cukup panas kepada Hans adakah cinta beliau dan Neelofa mungkin akan bertaut kembali satu hari nanti?
Membuat satu pengakuan yang jujur, Hans tidak mahu berkata banyak tentang soal jodoh kerana ia bergantung kepada ketentuan takdir, tetapi hatinya kini sudah tertutup untuk bercinta lagi dan hanya seseorang istimewa yang mampu membuka pintu hatinya itu.
Dalam pada itu, Neelofa pula menjelaskan mereka cuma bersahabat baik dan tidak lebih daripada itu meskipun sudah melalui pelbagai perkara sebelum ini.