Kekal Kepercayaan Dermatologi Sepanjang 75 Tahun, Cetaphil Kini Tampil Berwajah Baru!

Gaya Hidup

Kekal Kepercayaan Dermatologi Sepanjang 75 Tahun, Cetaphil Kini Tampil Berwajah Baru!

Sejak tahun 1947 lagi, Cetaphil tidak putus menghasilkan produk yang dapat membantu untuk pembersihan kulit yang lembut dan berkesan. 

Tahukah anda, Cetaphil mula terkenal dan menjadi laris disebabkan oleh berita yang disebarkan oleh komuniti perubatan? Haa, nampak sangat produk yang mereka hasilkan sangat bagus! 

Advertisement

Bagi anda yang menggunakan rangkaian produk Cetaphil, kini mereka hadir dengan pek baharu tau. Wow, jom tengok!

Cetaphil Hadir Dengan Pek Berwajah Baharu!

Cetaphil Berwajah Baru

Haa, sempena menyambut ulang tahun yang ke-75, Cetaphil hadir dengan beberapa ciri terbaru untuk rangkaian produk mereka dan salah satunya adalah pek berwajah baharu! Cantiknya! 

Bukan itu saja, mereka juga hadir dengan formulasi terbaru yang ditambah baik menerusi kajian sains penjagaan kulit yang dapat membantu untuk menguatkan kulit serta melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif. Wah, betul all out! 

Menjadi Preskripsi Pakar Dermatologi Sepanjang Dekad

Cetaphil Berwajah Baru

Untuk pengetahuan, produk terkenal Cetaphil ini telah membuktikan tahap keberkesanannya menjadi preskripsi pakar dermatologi sejak berabad lagi tau!

Haa, untuk mendapatkan kepercayaan komuniti perubatan ni, mestilah kena melalui beberapa ujian klinikal. Seramai 32,000 orang yang berkulit sensitif telah diuji dalam 550 kajian klinikal mereka tau! Patutlah produk ini sangat disyorkan pakar!

Selain itu, menerusi tinjauan Kesihatan Kulit 2021, kajian telah dilakukan terhadap 6,596 responden dan telah mendapati lebih daripada 50% rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis kulit sensitif. Takutnya.

Antara produk popular yang ramai orang beli adalah Gentle Skin Cleanser, Oily Skin Cleanser, Moisturising Cream, Moisturising Lotion dan DailyAdvanceTM Ultra Hydrating Lotion. 

Produk-produk ini dihasilkan menggunakan 3 bahan utama seperti Niacinamide, Panthenol dan Gliserin yang secara saintifiknya terbukti dapat menguatkan perlindungan pada kulit serta melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif. 

Untuk Niancinamide, ia dapat membantu untuk menguatkan perlindungan pada kulit, manakala Pathenol pula digunakan sebagai bahan penghidrat yang dapat menenangkan serta memberi kelembapan pada kulit. 

Gliserin pula dapat membantu mencegah daripada kekeringan berlaku dengan menarik kelembapan untuk memberi penghidratan secara alami pada kulit. 

5 Tanda Kulit Sensitif Dapat Diatasi Dengan Cetaphil

Rangkaian produk Cetaphil ini menggunakan formula terbiodegradasi, sulfat, bebas paraben dan bebas haiwan yang disokong dengan kajian sains tau! 

Cetaphil juga menghasilkan produk menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti:

Cetaphil Moisturising Cream yang mengandungi minyak badam.

Cetaphil Moisturising Lotion yang mengandungi minyak avokado.

Cetaphil Daily Advance™ Ultra Hydrating Lotion yang mengandungi Shea Butter.

Kesemua bahan yang Cetaphil gunakan ini dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif seperti, kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit lemah. 

Kulit Lebih Sihat Dengan Cetaphil

Untuk membantu pengguna memahami keadaan kulit masing-masing, Cetaphil turut hadir dengan penganalisis kulit yang dapat membantu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Kalau nak tahu macam mana nak analisis kulit, klik saja DI SINI

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Cetaphil, layari laman web rasmi Cetaphil atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...