Sudah lama tidak mendengar perkhabaran bekas penyanyi kumpulan Mojo dan kini bergelar vokalis kepada kumpulan muzik Pelita Lusoh.
Ketika ditemui baru-baru ini sempena majlis pelancaran produk Ali Zahraa Medina di Kuala Lumpur, Aweera khabarnya masih solo sehingga kini meskipun pernah terpalit dengan isu dakwaan dia telah mengasari bekas teman wanitanya, empat tahun yang lalu.
Pemilik nama Nasharul Aweera Noriyissham,29, mengakui dia masih belum berjumpa dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.
“Saya masih lagi mencari. Selepas insiden sebelum ini (kes pukul bekas teman wanita), saya ambil iktibar atas peristiwa itu,”
Dia turut menjelaskan bahawa ketika kejadian itu, dia sebenarnya mengalami masalah depresi.
“Terus terang ketika itu saya mengalami sedikit depresi. Mana tidaknya, sebab saya bercinta agak lama, siap dah merancang nak kahwin. 4 tahun bercinta dan 4 tahun jugaklah saya sendirian dan masih solo,”
Aweera juga mengatakan dia seorang yang agak memilih dalam mencari pasangan hidup. Menurutnya, memilih pasangan itu perlu kerana dia tidak mahu bercerai-berai apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak.
Dia kini yang mencari pasangan yang dapat memahami kerjaya dan gaya hidup mengakui umurnya yang kini hampir memasuki angka 30-an menggalakkan lagi dirinya untuk mencari pasangan hidup.
Perkembangan terbaru, Aweera bersama ahli kumpulan Pelita Lusoh bakal muncul dengan lagu baru bertajuk Kembara Nabawi.
Sumber : Astro Gempak