Masih Mencari Kereta Dengan Ciri Keselamatan Terbaik? Ni 4 Jenama Kereta Yang ‘Onzz’ Untuk Perempuan

Branded

Masih Mencari Kereta Dengan Ciri Keselamatan Terbaik? Ni 4 Jenama Kereta Yang ‘Onzz’ Untuk Perempuan

Wanita dianggap ‘berdikari’ apabila memiliki lesen memandu, ini kerana apabila boleh memandu, mereka dapat menguruskan lebih banyak perkara dalam apa jua keadaan tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain.

Tapi satu je masalah, wanita ni sering berbelah bahagi bila nak pilih kereta.

Tak perlu risau, kali ni Beautifulnara nak kongsikan tips untuk geng perempuan pilih kereta yang sesuai dengan gaya korang, tapi paling penting kualiti tip-top dan under bajet!

Pilih kereta ikut gaya korang!

1. Perodua MyVi

Siapa je yang tak kenal model MyVi, kereta model tempatan ini sering menjadi pilihan golongan muda kerana saiznya kompak.

Kelebihan MyVi buat wanita ialah ia memiliki banyak compartment/ruang untuk meletak dan menyimpan barang. 

Selain itu, ia turut memiliki tempat menggantung barangan seperti beg runcit dan macam-macam lagi bagi mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku seperti barang runcit pecah dan bersepah. 

Ciri keselamatannya juga ditambah baik sejak keluaran MyVi generasi ketiga dengan Advanced Safety Assist (ASA) iaitu sepasang kamera yang terletak pada cermin hadapan bertujuan untuk membaca objek dihadapan dan mengira kelajuannya. Jadi, kalau ada objek berhenti di hadapan, MyVi ini turut akan berhenti tau!

Plus point untuk MyVi ini ialah, kereta ini jimat minyak dan saiznya yang kecil memudahkan korang untuk parkir kereta. 

Ansuran bulanan daripada RM320*

3. Honda Jazz

Seperti MyVi, kelebihan Honda Jazz adalah pada saiznya yang kompak dengan kelebihan saiz kabin dalaman yang lebih elegan dan luas.

Model ini juga jimat minyak dan memberikan keselesaan pemanduan jarak jauh untuk kereta bersaiz kecil.

Honda Jazz dianggap ‘rare’ kerana model ini telah pun dihentikan pengeluarannya di Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara sejak beberapa tahun lalu. Tapi kalau korang berminat nak dapatkan dengan model ni, klik SINI.

Ansuran bulanan daripada RM523*

3. Honda City

Bagi mereka yang dah berkeluarga, kereta kompak mungkin tidak menjadi pilihan, tapi mungkin korang boleh mempertimbangkan sedan segmen B seperti Honda City.

Reka bentuknya yang mewah dan ruang dalaman yang besar sangat menepati ciri-ciri wanita berkerjaya dan memiliki keluarga.

Ciri keselamatan untuk Honda City juga berada di kelas tersendiri, model ini dilengkapi dengan enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX dan banyak lagi.

Kenderaan ini juga jimat minyak dengan kemampuan untuk penjimatan sehingga 5.7 liter petrol untuk setiap 100 km perjalanan.

Ansuran bulanan daripada RM450*

4. BMW 3 Series

Kalau korang jenis minat kereta besar dan mewah, BMW mungkin patut berada dalam radar korang. Ini kerana reka bentuknya yang bergaya dan sporty.

Untuk ciri keselamatan pula BMW berada dalam kelasnya tersendiri, ia dilengkapi pakej Driving Assistant yang merangkumi Lane Change Warning (LCW), Lane Departure Warning (LDW), amaran pelanggaran hadapan dengan brek intervention, amaran trafik silang belakang dan pencegahan pelanggaran belakang.

Ansuran bulanan daripada RM864*

Kalau korang rasa kereta baru agak ‘membebankan’, kami nak share tentang satu platform yang menyediakan perkhidmatan jual beli kereta terpakai paling senang dan dipercayai di Malaysia.

Mana lagi kalau bukan CARSOME!!

4 sebab utama kenapa CARSOME jadi pilihan

1. Kereta berkualiti dengan perakuan CARSOME Certified

Bila beli kereta terpakai, perkara yang paling menjadi kebimbangan pembeli ialah kualiti kereta yang dijual.

Tak perlu risau, semua kereta yang dijual di platform ini diperakui CARSOME Certified yang telah melalui 175 pemeriksaan & pemilihan terperinci semasa kereta diperoleh (untuk memastikan kereta bebas dari kemalangan besar dan kerosakan banjir).

2. Tiada yuran tersembunyi/tambahan

Bila nak beli kereta terpakai ni benda paling menakutkan ialah kalau ada kos tambahan. Harga yang ditawarkan mungkin tak termasuk dengan bayaran untuk pemeriksaan Puspakom, tukar nama, pemprosesan pinjaman dan sebagainya.

CARSOME bukan hanya menawarkan harga dengan tiada bayaran tersembunyi, malah mereka turut menawarkan laporan pemeriksaan penuh kenderaan di laman web serta paparan kenderaan menyeluruh 360 darjah (dalaman dan luaran).

3. Jaminan wang dikembalikan dalam masa 5 hari

Jika korang dah selesai urusan pembelian kereta tapi tiba-tiba nak ubah fikiran, tak mengapa, sebab korang boleh pulangkan semula kereta dalam masa 5 hari dengan jaminan wang akan dikembalikan. Terbaiklah!

4. Waranti setahun

Dengan CARSOME, platform jual beli kereta yang dipercayai turut menawarkan waranti setahun sebagai jaminan bahawa kereta yang dijual benar-benar berkualiti. 

Jualan BEEP-BEEP Sudah Mari!

* Ini adalah anggaran ansuran bulanan berdasarkan kadar faedah 3.5% setahun, dan tempoh pinjaman selama 9 tahun.

Nak hujung tahun ni, korang takde plan ke nak upgrade kereta baru? 

Haaa.. Ni ada promo daripada CARSOME yang korang tak boleh lepaskan sebab ada banyak penjimatan menanti!

-Diskaun* untuk semua kereta CARSOME Certified sehingga RM8,000

-PERCUMA Waranti Lanjutan 2 Tahun (tambahan 1 tahun)*

Nak promosi lagi? Jangan lepaskan peluang korang untuk menempah kereta idaman hanya pada RM99 dan nikmati tinted kereta secara PERCUMA!

Serta, diskaun tambahan RM500 menanti untuk korang yang menempah kereta idaman dalam tempoh promosi. Jimat banyak tu!

Di CARSOME , korang juga boleh dapat diskaun sehingga RM1500* bila korang trade in kereta lama dan naik taraf kereta tau!

Apa kata korang lawati CARSOME Experience Centers pada tarikh dan lokasi berikut:

Zon Selatan & Utara

Tarikh: 11-13 November 2022

Masa: 9 pagi – 6 petang

Utara: Setia Spice, Juru, Ipoh, Kuantan

Selatan: Johor Jaya, Skudai, Seremban, Melaka

Zon Lembah Klang

Tarikh: 11-13 November 2022

Masa: 10 pagi – 6 petang

Lokasi: PJ Automall, Cheras, Setiawangsa, Kepong

Tunggu apa lagi? Terokai pilihan kereta yang terbesar di CARSOME. Tempah pandu uji sekarang di carsome.my untuk miliki kereta idaman korang hari ini.

Ingat kereta terpakai berkualiti, ingat CARSOME! Beep! Beep!

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...