Tidak lagi menjadi juri program pencarian bakat Indonesian Idol musim terbaharu, penyanyi popular Bunga Citra Lestari tampil memaklumkan keputusan itu dilakukannya demi membangunkan semula kekuatan diri yang hilang selepas suami tercintanya, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada Februari lalu.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Bunga atau lebih mesra disapa BCL menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Tidak ketinggalan, BCL juga turut memberi semangat kepada barisan juri yang lain dan berkesempatan menzahirkan ucap selamat agar musim kali ini berjalan lancar.
Untuk rekod, Indonesian Idol musim ini telah memulakan tayangan perdananya semalam (16/11/2020) dengan tema Idol A New Chapter dan kerusi BCL untuk musim ini juga digantikan oleh penyanyi popular Indonesia iaitu Rossa.
Untuk rekod, Daniel Mananta yang telah mengacarakan program itu selama 10 tahun juga bertindak meninggalkan Indonesian Idol dan digantikan dengan Boy William.
Sumber: Gempak