Masih Lagi Berasap Ketika Tiba, Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

Hiburan

Masih Lagi Berasap Ketika Tiba, Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini, pasangan usahawan iaitu Shuib Sepahtu dan isteri, penyanyi Siti Sarah tetap menabur budi menolong dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Siti Sarah Dan ShuibSumber : Instagram Siti Sarah  

Difahamkan sebuah peristiwa menyayat hati telah menimpa sebuah keluarga yang menetap di Bachok apabila rumah mereka telah musnah dijilat api. Shuib dan Sarah yang kebetulan berada berdekatan dengan kawasan tragedi terbabit telah tampil menghulurkan bantuan serta mengurangkan beban yang ditanggung keluarga tersebut.

Advertisement

Menurut Sarah, dia dan suami akan membina sebuah rumah baru untuk keluarga tersebut dan dalam pada masa yang sama akan turut mencari rumah sewa sementara ianya disiapkan dan bersedia untuk diduduki.

“Kebetulan semalam, ketika pembukaan Bubble Bee, ada orang beritahu kami mengenai dua buah rumah terbakar dan lokasinya tidak jauh dari tempat kami. Saya terus tergerak hati nak ajak Shuib dan pasukan kami ke sana bagi menghulurkan bantuan. Sampai di sana, bila tengok sahaja rumah Kak Halimah dan Kak Hawa, hati saya macam nak pecah. Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah mereka hangus terbakar.”

Sarah dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar urusan bantuan ini dipermudahkan dan agar keluarga yang terkesan dengan kebakaran itu terus tabah menjalani ujian berat tersebut. Dia dan suami berkata bahawa mereka akan sedaya upaya membantu dua keluarga tersebut.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu turut menzahirkan perasaan sedih ketika menziarahi dua keluarga itu kerana ketika kunjungan mereka, kawasan rumah yang terbakar masih lagi berasap kerana hangus dijilat api.

Semoga urusan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah dipermudahkan Ilahi hendaknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Siti Sarah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...