“Masih Lagi Belajar..” Fasha Sandha Dipuji Netizen Manis Mengenakan Hijab

Hiburan

“Masih Lagi Belajar..” Fasha Sandha Dipuji Netizen Manis Mengenakan Hijab

Pelakon Fasha Sandha baru-baru ini sering saja dilihat berkongsi perkembangan dirinya terkini dengan mengenakan hijab dan lebih sopan berbanding dahulu.

Dia yang baru sahaja melahirkan cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama pelakon Aidil Aziz dipuji netizen kerana tampil lain dari yang lain sesuai dengan statusnya kini bergelar ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Advertisement

Menerusi salah satu entri instagramnya, peminat yang mengikuti perkembangan dirinya itu rata-rata mendoakan supaya Fasha terus berhijab dan sentiasa istiqamah dalam mengamalkannya.

Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini kemudiannya dilihat tampil membalas komen peminat dan memaklumkan bahawa dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan hijab sepenuhnya.

Fasha Sandha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Binti Hassan dan pasangannya kini, Aidil Aziz baru sahaja menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos yang lalu. Pasangan ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Putra Rayfal,7, dan Putri Raysha Jemyma,6, hasil perkahwinan Fasha dengan bekas suaminya yang terdahulu, Rizal Ashram Ramli.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...