Masih Koma Dan Kritikal, Ibu Rayu Pulangkan Telefon Bimbit Sandra Dianne

Hiburan

Masih Koma Dan Kritikal, Ibu Rayu Pulangkan Telefon Bimbit Sandra Dianne

Gempar baru-baru ini apabila penyanyi Sandra Dianne khabarnya terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga beliau difahamkan masih belum sedarkan diri sehingga kini. Namun apa yang mencuri tumpuan kini apabila ibu kepada penyanyi tersebut iaitu Nor Sykinah tampil merayu kepada orang ramai yang berada di tempat kejadian agar memulangkan telefon bimbit anaknya.

Masih Koma Dan Kritikal, Ibu Rayu Pulangkan Telefon Bimbit Sandra Dianne

Advertisement

Menurut ibunya, telefon bimbit tersebut digunakannya untuk urusan kerja, malah mengakui segala sosial media beliau tersimpan di situ. Bahkan memaklumkan segala maklumat-maklumat sulit juga turut terkandung dalam telefon itu.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon bimbit anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan agar rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan. Sekian, terima kasih.”

Dalam pada itu, Syakinah dilihat sempat mengemaskini keadaan semasa Sandra yang masih dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Masih Koma Dan Kritikal, Ibu Rayu Pulangkan Telefon Bimbit Sandra Dianne

Menerusi posting yang dimuat naik dua hari lalu itu Nor Syakinah memberitahu Sandra masih belum sedarkan diri dan memerlukan doa daripada semua.

“Tapi ingin saya beritahu saya sangat menghargai perhatian dan kasih sayang dari korang semua, yang saya perlukan saat in hanya doa yang berterusan, doa yang tulus ikhlas daripada peminat dan penyokongnya juga orang-orang yang menyayangi dirinya.”

Masih Koma Dan Kritikal, Ibu Rayu Pulangkan Telefon Bimbit Sandra Dianne

Rentetan kes kejadia, ibu kepada peserta Big Stage 2020 itu turut memohon jasa baik orang ramai supaya berhenti menyebarkan foto kemalangan yang melibatkan anaknya itu.

Sekadar informasi, Sandra terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu di Lebuhraya Elite menuju ke Putrajaya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan Big Stage.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...