Masih Kekurangan Dana, Ustaz Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Ke Zoo Negara

Hiburan

Masih Kekurangan Dana, Ustaz Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Ke Zoo Negara

Pendakwah bebas yang popular dengan sifat dermawannya iaitu Ustaz Ebit Lew tampil menyalurkan sumbangan kembali ke Zoo Negara dengan memberikan 200kg daging untuk diagihkan kepada haiwan di sana.

Advertisement

Kata Ebit, Zoo Negara masih bergelut dengan isu dana untuk membiayai makanan dan pengurusan zoo.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Bukan setakat itu sahaja, Ebit juga memaklumkan dirinya tetap akan memikirkan cara bagi membantu tempat tumpuan pelancong ini akan kekal maju di masa mendatang.

Tidak ketinggalan, beliau juga khabarnya berhasrat untuk membawa anak-anaknya ke Zoo kelak andai pandemik COVID-19 ini beransur pulih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan kata-kata positif buatnya. Malah mereka juga bagai tidak putus memuji tindakan Ebit yang tidak berkira dalam menghulurkan bantuan kepada hamba Allah SWT.

Terdahulu, gempar di media sosial apabila Zoo Negara difahamkan berdepan bebanan besar apabila pihaknya dikatakan kekurangan dana dan terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...