Rumah tangga Puteri Sarah bersama pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof masih lagi menjadi perhatian sesetengah pihak.
Menerusi ruangan komen di akaun milik Instagram milik Puteri Sarah, seorang warganet bertanyakan tentang status rumah tangga pelakon tersebut.
Individu berkenaan turut berharap agar Puteri Sarah tidak ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan tanpa nafkah.
Apa status awak? Masih isteri atau jangan jadi gantung tak bertali.”
Tambah individu itu lagi, dia hanya menyampaikan pesanan bagi pihak rakannya yang meminati Puteri Sarah sebagai artis idola.
Saya sampaikan pesanan kenalan yang meminati awak sebagai artis idolanya tetapi betul juga katanya, status awak apa?
Komen itu berjaya mendapat perhatian Puteri Sarah yang bertindak ‘membahasakan’ individu berikut.
Status nak saman orang.”
Walau bagaimanapun, identiti kepada individu itu tidak diketahui kerana tidak mempunyai gambar profil.
Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: