Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Masih Ingin Bermanja Dengan Suami : Ramona ZamZam Belum Sedia Jadi Ibu

Baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga dan masih lagi berada dalam mood “honeymoon” , Ramona ZamZam ingin bermanja lagi dengan suaminya Rami Alashkar dan belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Alhamdulillah, selepas berkahwin Ramona rasa seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami. Ramona masih mahu bermanja-manja dengan suami. Mahu dia berikan sepenuh perhatian kepada Ramona.

Advertisement

Perkara-perkara ini membuatkan Ramona mahu menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata. Suami pun memahami dan dia tidak mempunyai isu tentang perkara ini.

Jelas Ramona mungkin selepas dua tahun berkahwin baru lah beliau fikirkan soal anak. Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak rezeki jika ditakdirkan untuk hamil lebih awal.

Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak. Bagaimanapun, jika sebelum tempoh itu sampai saya didapati hamil, kami tidak akan menolak. Itu rezeki daripada Allah.

Ramona dan suami bakal berbulan madu buat kali kedua tidak lama lagi. Kali ini mereka akan mengelilingi Eropah bermula di Switzerland.

Advertisement

Relaks, baru setahun kahwin memang macam tu, masih ingin waktu berdua bersama suami. InshaAllah kalau ada rezeki untuk dapat anak cepat siapa tahu bukan? Semoga Ramona dan Rami terus bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Tonton Extra

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top