Pernah viral dan popular di media sosial di sekitar tahun 2013 yang lalu, nama Bobo pasti diingati sehingga kini kerana gelagatnya yang mencuit hati apabila dia muncul dengan video parodi lagu Sayang, nyanyian asal penyanyi Indonesia iaitu Shae.
Namun begitu, kehilangannya selepas itu telah menyebabkan namanya lenyap seketika namun masih lagi meniti di bibir masyarakat sehingga kini.
Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kassim itu khabarnya telah membuat kemunculan semula sekitar hujung tahun yang lalu.
Dia yang kini sudah berumur 28 tahun telah ditemui media dan turut sempat menceritakan kisah sebenar di sebalik ‘kehilangannya’ selama ini.
“Sepanjang tempoh senyap beberapa tahun, Bobo fokus dengan kerja. Bobo bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan. Sehinggalah baru-baru ini, syarikat saya bekerja pujuk supaya buat comeback. Mereka yang buat akaun TikTok untuk saya.”
Kata Bobo lagi, dia berasa bersyukur kerana kemunculannya kali ini telah menerima reaksi yang baik dan positif daripada netizen. Malah, dia tidak menyangkan bahawa masih ada orang di luar sana yang mengingati dirinya.
@theonlyonebobo#duet with @elsaifuddin request anda diluluskan ??..alhamdullilah leher masih virgin hahahaha #shouldbeme #fyp? #fyp #foryou #foryoupage? original sound – Elsaifuddin
“Masa senyap, saya nak senyap sampai orang tak kenal. Penat menghilang nak bagi orang lupa, rupa-rupanya orang tak lupa. Tapi tak adalah ramai sangat pun. Mengenai penerimaan orang, ada juga segelintir yang negatif. Tapi saya dari dulu tak pernah ambil hati. Saya terima.”
Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang masih mengingatinya malah ada yang menganggap Bobo sebagai Raja Parodi yang sebenar.