Sejak kematian tragis Allahyarham Zara Qairina berlaku, ibu arwah iaitu Noraidah tidak pernah berhenti menuntut keadilan hinggakan memohon agar kubur anak perempuannya digali semula agar dapat mengetahui kebenaran disebalik kematian tragis arwah.
Mana pergi bapa Zara Qairah?
Susulan Noraidah saja yang sering bersuara, ramai tertanya-tanya kemanakah bapa arwah Zara, malah pelbagai spekulasi timbul hinggakan ada mendakwa bapanya sudah tiada.
Melalui platform Facebook, seorang individu mendedahkan bapa arwah Zara masih hidup cuma tidak bersama lagi dengan Noraidah dan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita serta mempunyai keluarga baru.
Ada di setiap proses berkaitan Zara
Katanya lagi, bapa arwah enggan muncul di depan media kerana mempunyai sebab tersendiri.
Tapi di setiap proses berkaitan Zara , bapa kandung ada hadir juga.
Dalam pada masa yang sama, individu itu turut menafikan lelaki berkopiah dan berbaju putih seperti dipaparkan di dalam gambar yang dimuat naik bukan bapa kandung Zara tetapi bapa saudara arwah iaitu adik-beradik dengan ibu Zara.