Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat yang ditemui media memaklumkan bahawa dia masih menjalani proses pemantauan dan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada ketika ini.
Penglibatan serta pemantauan itu dilakukan bagi memastikan dia berada dalam keadaan ‘bersih’ dan bebas daripada pengaruh najis dadah.
Namun kata Mamat, pemantauan daripada agensi berkenaan sudah tidak terlalu ketat memandangkan dia menunjukkan perubahan positif sejak menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia pada 2019.
Dia juga berkata bahawa masih aktif dengan aktiviti seni dan sebarang kegiatan dan aktiviti perlu dimaklumkan kepada AADK kerana dia sudah tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.
Saya pun sebenarnya kalau hendak ‘lari’ memang tak boleh kerana sebagai selebriti yang dikenali mereka akan tahu keberadaan saya.
Saya sudah berumur 40 tahun lebih. Apa yang saya mahukan adalah menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Perkembangan lain, Mamat akan beraksi di atas pentas nyanyian dalam Konsert Resolusi Exist yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 18 November 2022.
Terdahulu, Mamat ditahan pihak berkuasa pada 8 September 2019 kerana memiliki dadah jenis syabu ketika dia menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.